Monday, April 12, 2010

BUGGY RIDE - KAMPUNG BUKU TAMAN BOTANIKAL



Pernah tak anda rasa nak bawa Buggy....pandu sendiri... tekan brek sendiri.... hidupkan enjin sendiri... kalau belum pernah boleh cuba di sini.....seronok....!
Tak perlu risau jika anda tak ada lesen memandu...siapa saja boleh pandu...sangat mudah dikendalikan lebih-lebih ada track@laluannya sendiri.. laluan sehala pulak tu..kalau nak laju tekan saja pedal minyak sekuat hati...Berbagai jenis kenderaan disediakan, dari yang kecil hingga yang besar...nekmati kesegaran dan kehijauan hutan simpan....nyaman dan segar.




Taman Botanikal Melaka merupakan sebuah destinasi perlancongan yang menarik dan unik serta menjanjikan ketenangan dari kesibukan kota. Taman Botanikal Melaka terletak berhadapan dengan Zoo Melaka.Taman Botanikal Melaka ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Air Keroh mempunyai keluasan 92.5 hektar.Taman ini merupakan salah satu tempat persinggahan yang menjanjikan kedaiman dan ketenangan dari kesesakan dan kesibukan kota.Keindahan taman di celahan hutan kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar.Taman Botanikal Melaka mempunyai keunikan tersendiri dan berbeza dari Taman Botanikal yang lain kerana keadaan persekitarannya di kelilingi lanskap hutan semulajadi dengan 300 spesis flora dan fauna. Jaraknya cuma 3 km dari susur keluar tol Ayer Keroh.

Masuk: PERCUMA - dibuka tujuh hari seminggu.